HomeIsu tempatanPERKESO giat lindungi keselamatan pekerja

PERKESO giat lindungi keselamatan pekerja

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) giat meneruskan peranan bagi  melindungi keselamatan sosial pekerja khususnya di negeri ini.

Pengarah PERKESO Negeri Sabah Dr. Mohd Ali Hindia berkata, ia termasuklah bagi melindungi pekerja dari bencana kerja, keilatan, kematian dan kehilangan pekerjaan. 

“Manfaat perlindungan PERKESO berkonsepkan penggantian pendapatan bagi mereka yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

“Melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan, PERKESO telah berjaya menyalurkan sebanyak RM 1.005 billion kepada rakyat Sabah dalam bentuk subsidi gaji, insentif pengambilan pekerjaan dan padanan caruman Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di sini semalam.

Mohd Ali berkata, selain menawarkan skim perlindungan kepada pekerja tempatan dan domestik, PERKESO turut melaksanakan skim yang sama kepada pekerja asing, golongan bekerja sendiri serta yang kehilangan pekerjaan.

“Setakat 31 Mei 2022, Sabah mempunyai jumlah pekerja aktif yang dilindungi seramai 379,109 orang, manakala majikan aktif dilindungi berjumlah 92,073.

“Jumlah bayaran faedah First Payment (Akta 4) pula adalah sebanyak RM2,609,610.92 dan  faedah SIP berjumlah RM5,353,274.56,” katanya.

Turut membuat kunjungan di Istana Seri Kinabalu, semalam ialah Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah, Mohd Kiflee Ali bagi memaklumkan perkembangan terkini organisasi yang ditubuhkan sejak 1952 itu.

“Kita berharap pengambilan guru interim di Sabah mematuhi Dasar 90:10 seperti yang telah diperkenalkan bagi memastikan 90 peratus guru sekolah di Sabah dan Sarawak diisi oleh anak tempatan.

“Langkah ini juga bagi memberi peluang seluas-luasnya kepada anak-anak Sabah untuk mencurah bakti di negeri sendiri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya