HomeUtamaCadangan naiktaraf daerah kecil Paitan perlu disegerakan - Ronald

Cadangan naiktaraf daerah kecil Paitan perlu disegerakan – Ronald

Read Time:1 Minute, 8 Second

PAITAN : Cadangan bagi menaiktaraf daerah kecil Paitan sebagai sebuah daerah penuh perlu dilihat secara dekat oleh Kerajaan Sabah agar ianya setanding dengan daerah lain di negeri ini.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, beliau turut menyokong cadangan berkenaan selain ianya juga merupakan kehendak rakyat di daerah kecil berkenaan.

“Cadangan menaiktaraf daerah kecil Paitan akan membolehkan lebih banyak agensi beroperasi di daerah ini selain memberi perkhidmatan yang diperlukan rakyat dengan lebih cepat dan mudah.

“Sudah pasti saya turut menyokong kehendak masyarakat di sini agar daerah ini diiktiraf sebagai daerah penuh dan ianya harus dipertimbang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Pesta Tagunggu di Pesta Rakyat Pejabat Daerah Kecil Paitan di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus J Ongkili.

Dr Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, penaiktarafan itu akan dapat membantu memastikan kerancakkan pembangunan yang ada di daerah ini.

Namun katanya, cadangan menaiktaraf daerah kecil Paitan kepada daerah penuh perlulah melalui beberapa kajian sebelum ianya dilaksanakan.

“Sebelum ini penaiktarafan daerah Telupid kepada daerah penuh telah melalui satu proses yang agak lengkap dan mengambil masa.

“Sudah pasti kita juga berharap agar proses naiktaraf daerah kecil Paitan ini perlu disegerakan agar masyarakat di sini dapat menikmati status daerah penuh dan bukan lagi daerah kecil,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular