HomeIsu tempatan'Cosplay' sempena ulangtahun PNS terima sambutan menggalakkan

‘Cosplay’ sempena ulangtahun PNS terima sambutan menggalakkan

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Pertandingan ‘Cosplay’ anjuran Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Program yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 PNS itu turut berjaya menarik minat penyertaan golongan muda terdiri dari pelbagai lapisan usia.

Timbalan Pengarah PNS Mary Clare (tujuh kanan) bergambar bersama peserta dan pemenang kategori individu

Kebanyakan pakaian yang dipertandingan adalah daripada watak-watak yang sering ditonton dalam siaran-siaran televisyen yang menjadi kegemaran golongan kanak-kanak dan remaja termasuk dewasa masa kini.

Antara watak-watak itu adalah Marin Kitagawa; Zoro from One Piece; Jinx from League of Legends; Rimuru Tempesr; Celestial Lucy dan pelbagai watak lain.

Ketua Penolong Pengarah PNS George Yih berkata, komuniti ‘Cosplay’ yang besar dikalangan remaja dan dewasa menjadi antara faktor aktiviti berkenaan diadakan sempena sambutan ulang tahun PNS ke 50 tahun.

“Kami melihat komuniti ‘Cosplay’ dikalangan remaja dan dewasa ini sangat besar, jadi kami mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti ini di perpustakaan dan secara tidak langsung pengunjung yang hadir dapat melihat sendiri apa yang ada di dalam perpustakaan.

Ketua Penolong Pengarah PNS George Yih

“Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan juga berkumpulan.  Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan namun kita menghadkan penyertaan sebanyak lima kumpulan bagi kategori berkumpulan dan 12 peserta bagi kategori individu,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

George berkata, selain pertandingan ‘Cosplay’ turut diadakan adalah pertandingan fotografi dan pertandingan melukis mascot digital.

Pada pertandingan itu, pasukan Z Faita berjaya menjuarai pertandingan kategori berkumpulan; kedua dimenangi pasukan Ehe dan ketiga dimenangi pasukan Heaven.

Bagi kategori individu, pertandingan itu berjaya dimenangi oleh Nako yang membawa watak Marin Kitagawa; kedua dimenangi Alvinson Julian yang membawa watak Zoro from One Piece dan ketiga dimenangi oleh Shelley Chiew yang membawa watak Jinx from League of Legends.

Kesemua hadiah disampaikan Pengarah PNS Fatimah Abdillah dan Timbalan Pengarah PNS Mary Clare masing-masing bagi kategori individu dan berkumpulan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular