HomeIsu tempatanKempen kemasyarakatan dilaksanakan agensi kerajaan bawa perkhidmatan terus kepada komuniti

Kempen kemasyarakatan dilaksanakan agensi kerajaan bawa perkhidmatan terus kepada komuniti

Read Time:56 Second

PENAMPANG : Penganjuran kempen dan program kemasyarakatan yang dilaksanakan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mampu membawa perkhidmatan yang dilaksanakan terus kepada komuniti setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia termasuklah membantu pihak hospital mengumpul dan menambah bekalan darah bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya para pesakit.

“Pada hari ini kita dapat melihat usaha Pertubuhan Perpaduan Penampang (PPP) dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan juga Parti Bersatu Sabah (PBS) Moyog menganjurkan Kempen Komuniti Sihat dan Generasi Cergas.

“Saya difahamkan antara pengisian program adalah seperti ceramah  antidadah, pertandingan mewarna, menderma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, semak daftar pemilih dan pameran-pameran dari agensi kerajaan dan NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan di Buhavan Square Donggongon di sini hari ini.

Jahid berkata, pelaksanaan program seumpama itu juga wajar diteruskan selain kerjasama semua pihak adalah sangat digalakkan dalam memberi kesedaran kepada awam.

“Usaha PPP mengkoordinasikan dan menyelaras program seumpama ini bukanlah tugas mudah kerana ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan usaha yang berterusan. 

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular