HomeUtamaReman suspek kes rogol 19 tahun lalu disambung 3 hari 

Reman suspek kes rogol 19 tahun lalu disambung 3 hari 

Read Time:1 Minute, 5 Second

PARIT BUNTAR: Reman terhadap suspek kes rogol yang berlaku 19 tahun lalu, disambung tiga hari lagi bermula esok hingga Khamis ini.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 40 tahun itu, hari ini, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan berhubung kes rogol pada 2003 di Bagan Serai.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, dengan menaiki trak polis kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Sebelum ini, suspek direman selama empat hari bermula Jumaat hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai, selepas ditahan kira-kira jam 9.30 malam Khamis lalu lapor Berita harian.

Media melaporkan suspek ditahan berdasarkan maklumat daripada data profil ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, dipetik berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan bagi tujuan pertuduhan.

Sebelum ini, hasil siasatan saintifik menggunakan DNA turut berjaya mengenal pasti suspek lain berhubung kes rogol 12 tahun lalu di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Abd Jalil berkata, kaedah saintifik melalui data profil DNA digunakan sebagai antara pendekatan dalam mengesan serta menahan suspek suatu kes itu apabila menghadapi situasi kekurangan maklumat pada peringkat awal siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya