HomeIsu tempatanLaluan ke Kampung Pangaraan kini boleh dilalui semua kenderaan - Arthur

Laluan ke Kampung Pangaraan kini boleh dilalui semua kenderaan – Arthur

Read Time:1 Minute, 31 Second

NABAWAN : Penduduk sekitar Kampung Pangaraan Mukim Tatalaan yang terputus hubungan akibat banjir sebelum ini, kini mampu menarik nafas lega apabila laluan sepanjang 45 kilometer itu sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan mulai semalam.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerja-kerja kecemasan giat dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu namun pembinaan semula lima jambatan yang hanyut sebelum ini akan mengambil sedikit masa.

“Ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan dan agensi-agensi terlibat bagi memastikan kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan secepat mungkin untuk kemudahan perhubungan selain keselesaan penduduk kampung di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melaksanakan misi penghantaran barangan makanan dan keperluan asas ke kawasan yang terjejas dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn dan anggota TUDM terlibat.

“Selaku wakil rakyat di sini saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn dan TUDM kerana telah membantu menyediakan perkhidmatan dua buah helikopter TUDM bagi membawa bekalan makanan ke Kampung Pangaraan,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur turut menghargai bantuan yang dihulurkan TUDM kerana perkhidmatan tersebut turut memudahkan urusan beliau untuk turun ke lokasi bagi memantau status pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan yang terjejas.

Bagi menjayakan misi tersebut, TUDM telah mengatur gerak dua buah helikopter EC 725 AP dari No 5 Skuadron bagi melaksanakan misi tersebut yang membawa barang keperluan asas makanan berupa beras, minyak masak, tepung, gula , susu, ayam,daging, ikan, sardin, biskut, peralatan asas memasak serta pelbagai barangan dapur basah dan kering dengan berat anggaran 1.35 tan (2,984 lbs).

Misi ini turut disertai Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu Moinjil, Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Shamsudin Kassim dan AKS A1, Lt Kol Mohd Irwan Asmail TUDM.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya