HomeIsu tempatanBot nelayan asing ditahan, kaut tiga tan hasil laut negara

Bot nelayan asing ditahan, kaut tiga tan hasil laut negara

Read Time:1 Minute, 38 Second

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam yang disyaki sebagai kapal induk atau ‘mother ship’ penangkapan sotong di perairan Kudat 11 Jun lalu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dalam satu operasi yang dijalankan mendapati bot nelayan asing terbabit telah dikesan oleh KM ARAU ketika sedang leka mengaut hasil laut negara di perairan Tanjung Simpang Mengayau, Kudat sekitar jam 12 tengahari, Sabtu lalu.

Katanya, semasa proses penahanan dan penangkapan dilakukan, bot nelayan asing terbabit bertindak agresif dengan melanggar dan merempuh KM ARAU sehingga berlakunya kerosakan pada bot nelayan asing itu.

“KM ARAU turut mengalamikerosakan kecil namun usaha penahanan berjaya dilakukan. Hasil pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati 41 kru termasuk tekong, berusia lingkungan 18 ke 58 tahun, warga Vietnam mengoperasikan bot terbabit.

“Pemeriksaan dokumentasi mendapati bot nelayan asing terbabit beroperasi diperairan negara secara haram apabila gagal mengemukakan sebarang dokumentasi berkaitan.Selain itu, sebanyak tiga tan hasil laut turut ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, bot itu beroperasi dengan melepaskan sampan-sampan kecil bagi menangkap sotong sebelum hasilnya dikumpulkan pada kapal induk tersebut.

Katanya, bot nelayan asing terbabit disyaki merupakan bot induk berdasarkan kepada bilangan kru, saiz bot serta muatan yang dibawa namun siasatan lanjut akan dilakukan bagi tujuan pengesahan.

“Bot, kru, serta kesemua hasil laut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM 1.5 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana didapatimelakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit yang sah,” katanya.

Katanya, kawalan di perairan negara akan terus diperketat Maritim Malaysia dalam usaha membanteras segala kegiatan jenayah di laut dan rentas sempadan demi kesejahteraan maritim di negara ini.

“Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 pekebun kecil LKM sertai Kursus Teknologi Pasca Tuai Koko

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular