Program santai mampu menyatupadukan belia – Andi

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA BELUD : Lebih 100 belia sekitar daerah ini hadir memeriahkan program santai belia bagi menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Harimau Malaya menentang Bangladesh di sini Selasa lalu.

Program yang diadakan di Pusat SSK itu menyaksikan pasukan Malaysia menang bergaya 4-1 menentang Bangladesh menyaksikan Harimau Malaya layak ke Piala Asia seterusnya menamatkan menantikan 43 tahun,

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pihaknya menyokong penuh program seumpama itu yang dapat menghimpunkan golongan belia dalam suasana santai.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam himpunan belia ini seterusnya memberi sokongan padu kepada pasukan negara.

“Ini juga adalah bertepatan dengan konsep Program Jom Tengok Bola edisi Harimau Muda yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Andi berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyokong usaha semua pihak dalam menyatupadukan belia dan bidang sukan khususnya di Sabah.

“Sukan juga menjadi medium terbaik dalam menjalinkan permuafakatan yang baik antara kaum dan integrasi juga turut menyatupadukan masyarakat Malaysia secara bersama,” katanya.

Rata-rata belia yang hadir yang meluahkan rasa gembira apabila dapat bersama-sama berkumpul bagi menyokong pasukan negara.

Dalam pada itu, Andi turut memandang serius isu berkenaan persediaan venue sukan.

Katanya, pemantauan infrastuktur sukan perlu dititik beratkan agar venue sukan berada di tahap tebaik dan bersedia dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.