HomeUtamaOrang ramai diseru terus sokong kempen derma darah

Orang ramai diseru terus sokong kempen derma darah

Read Time:1 Minute, 9 Second

PUTATAN: Orang ramai diseru untuk terus menyokong kempen-kempen derma darah yang dianjurkan pelbagai pihak bagi membantu menambah keperluan darah di semua Unit Tabung Darah hospital seluruh Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata , usaha seumpama itu juga mampu menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit yang memerlukan bekalan darah.

“Kita semua sedar bahawa bekalan darah di hospital sentiasa tidak mencukupi untuk menampung penggunaan harian yang kian meningkat.

“Oleh itu, kita menyeru orang ramai yang sihat terutama golongan belia untuk tampil menderma darah dalam kempen-kempen yang dijalankan kerana ia baik untuk kesihatan, di samping dapat membantu pihak yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Kempen Derma Darah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi BSMM Daerah Putatan Nanih Abah memaklumkan sebanyak 47 pain darah berjaya dikumpul daripada 65 penderma yang mendaftar pada program yang bermula dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang.

“Program derma darah pada kali ini melibatkan 13 petugas BSMM Putatan dan 10 petugas Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu II diketuai Dr. Ong Soh Ying,” katanya.

Hadir sama pada program tersebut ialah Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar; Ahli Majlis Daerah Putatan, Jeffery Nor Mohamed dan Azmi Ahmad.

Sepanjang kempen berlangsung, para pengunjung dihiburkan oleh persembahan buskers, Affandi Murshidi dari Kumpulan The Headhunters.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya