Program Back To Nature peringkat negeri Sabah Julai ini

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia yang diketuai oleh Chong Siew Chien @ Fonny, di Rumah Yayasan Sabah, di sini, pada Isnin.

Siew Chien berkata antara tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk menjemput Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) ke Program Back To Nature peringkat negeri Sabah, pada bulan Julai ini.

“Kami mahu menjemput Datin Seri Juliah sebagai perasmi program itu yang dijadual akan diadakan di Kompleks Beli Belah Suria Sabah bermula pada 23 Julai hingga 31 Julai ini,” katanya.

Dalam kunjungan hormat itu, Siew Chien turut menunjukkan beberapa produk hasil kreatif yang dibuat oleh persatuan itu termasuklah kemeja T yang menggunakan warna semula jadi daripada daun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.