PROJEX-24 penting dilaksanakan di institusi TVET

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran Pameran Projek Pelajar dan Pertandingan Reka Cipta Inovasi (PROJEX-24) amat penting untuk dilaksanakan di institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Pegawai Eksekutif SEDAFIAT Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun berkata, menerusi PROJEX-24 ini juga para pelajar akan berusaha untuk menghasilkan suatu inovasi yang fokus kepada meningkatkan kualiti hidup.

Selain itu katanya, inovasi yang dihasilkan juga akan dapat mencipta pasaran baharu dan memelihara ekosistem dan alam sekitar.

“Melalui inovasi yang mereka hasilkan, mereka secara langsung dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah diperolehi di dalam kelas sepanjang tempoh pengajian mereka di sini.

“Saya lihat projek sebelum ini juga amat berpotensi untuk dikomersialkan. contohnya ‘Projek-22: Social Distancing Kit For Kids’ sedikit sebanyak telah membantu kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19 yang melanda negara pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan PROJEX-24 di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu di sini semalam.

Awang Buhtamam berkata, Projek-23 yang berjaya dalam pertandingan tahun lalu adalah merupakan projek I-Vendor.

Katanya, projek ini merupakan satu sistem berteraskan inventori di mana pihak peniaga dan penyewa vendor dapat mengemaskini stok jualan mereka secara dalam talian tanpa perlu pergi ke kedai secara fizikal bagi melihat baki inventori sedia ada.

“Tahniah diucapkan kerana Projek I-Vendorkerana telah mewakili Politeknik Kota Kinabalu dan berjaya mendapat anugerah emas dalam kategori Social Innovations & Entreprenuer Management di Malaysia Technology Expo 2022.

“Saya juga berharap pada tahun ini terdapat lebih banyak projek yang berpotensi untuk dikomersilkan,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 50 kumpulan pelajar telah menyertai Projex-24 anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Kinabalu baru-baru ini

Kumpulan SS4 daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti yang dianggotai oleh Matt Leong Ng dan Pengiran Mohamad Aiman memenangi Anugerah Kumpulan Terbaik melalui kajian sains sosial mereka iaitu Factors That Affect Food Wastage in Commercial Kitchen at Tourism and Hospitality Department Politeknik Kota Kinabalu di bawah seliaan pensyarah, Melin Jopin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *