DKN 2021-2025 perlu penglibatan semua pihak – Noor Alam

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 yang mempunyai sembilan teras utama itu memerlukan penglibatan masyarakat.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan berkata,  dasar itu merupakan dasar yang diberi nafas baharu dalam mengendalikan isu keselamatan di negara ini.

“Dasar Keselamatan Negara (DKN) ini telah ada sejak 2017 lagi dan kini diberi nafas baharu serta dipanjangkan tempoh pelaksanaannya sehingga tahun 2025.

“Penglibatan masyarakat adalah perlu untuk menyambut dan melaksanakan dasar ini demi keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan

Beliau berkata demikian pada program Influencer Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah di Wisma Dang Bandang di sini kelmarin.

Noor Alam berkata, ia merupakan satu dasar kerajaan yang akan bertindak sebagai payung kepada rakyat seterusnya disambut di peringkat kementerian, jabatan, pihak swasta dan juga segenap lapisan masyarakat untuk memastikan pelaksanaannya lancar serta licin.

Katanya, semua individu harus tahu mengenai strategi yang telah digubal merangkumi peranan setiap lapisan masyarakat.

Hadir sama dalam program tersebut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber JaPen Sabah, Geraldine Voo Yee Wen.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.