HomeUtamaKerajaan tangguh kutip fi permit empat komoditi makanan ternakan

Kerajaan tangguh kutip fi permit empat komoditi makanan ternakan

Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan memudah cara prosedur import ke atas empat komoditi makanan ternakan.

MAFI dalam satu kenyataan berkata, antara makanan ternakan itu adalah terdiri daripada jagung, soya, gandum dan komoditi proses berasaskan haiwan dan tumbuhan bagi tujuan penyediaan makanan ternakan.

Menurut kenyataan itu, ianya juga adalah sebagai langkah bagi melaksanakan keputusan Kerajaan dalam memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin.

“Pelaksaanaan bagi memudahcara pengimportan komoditi tersebut adalah melalui Penangguhan Kutipan Fi Permit yang dikenakan sebelum ini bermula pada 21 Jun 2022.

“Bagi komoditi Jagung; Gandum dan Soya, kadar Fi import yang dikenakan sebanyak RM15  setiap permohonan permit serta makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan yang dikenakan RM20 setiap permohonan sebelum ini adalah ditangguhkan pelaksanaannya,” menurutnya kenyataan itu di sini hari ini.

MAQIS juga akan melaksanakan proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara bagi komoditi tersebut dalam usaha melancarkan proses pengimportan dan sekaligus mengurangkan kos logistik yang terlibat dalam aktiviti pengimportan.

MAFI berkata, kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri ternakan telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam bulat dipasaran tempatan.

“Sebahagian besar komoditi bahan mentah bagi tujuan makanan ternakan iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan diimport dari luar negara.

“Penangguhan fi permit bagi pengimportan komoditi tersebut dapat membantu mengurangkan kos logistik dalam usaha menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara,” katanya.

MAFI melaluib MAQIS akan terus komited dalam memudahcara urusan pengimportan bahan makanan ke dalam negara di samping memastikan semua kemasukan adalah bebas daripada isu-isu biosekuriti.

Menurut MAFI,  sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai tatacara pengimportan atau pengeksportan komoditi pertanian dan agromakanan, boleh dikemukakan melalui email kepada [email protected].

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular