HomeUtamaSentiasa amalkan etika, nilai integriti tinggi dalam laksana tugas - Arifin

Sentiasa amalkan etika, nilai integriti tinggi dalam laksana tugas – Arifin

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Semua kakitangan Agensi Agama Islam di Sabah diseru untuk sentiasa mengamalkan semua etika dan nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ianya akan dapat dilaksanakan menerusi inisiatif-inisiatif yang dirangka dalam Pelan Anti Rasuah Organisasi.

“Kurangnya amalan integriti ini akan membawa kepada implikasi yang besar, sebagai contoh akan wujud budaya rasuh dalam kalangan pegawai dan juga pihak yang lain.

“Oleh itu saya berharap agar semua penjawat awam amnya, khususnya di Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas dan agensi di bawahnya untuk sentiasa berintegriti seterusnya menjadi peneraju kepada amalan berintegriti dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Penutupan Minggu Integriti 2022 Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas dan Agensi dibawahnya di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, amalan berintegriti dalam perkhidmatan awam termasuklah dengan mengamalkan peraturan yang baik, melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) yang telus, inovatif dan mesra pelanggan.

“Semoga minggu integriti yang dilaksanakan ini akan mampu memberikan impak positif kepada kita semua dan menjadikan organisasi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas dan agensinya bukan sahaja berdaya saing malah mengamalkan daya sayang untuk terus maju dan berintegriti,” katanya.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata, integiriti individu merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan bermoral tinggi.

“Ini bermakna integiriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsio moral, etika dan undang-undang serta keselarasan antara kepentingan diri dan kepentingan umum.

“Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan Pelan Anti Rasuah, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta kepatuhan kepada amalan terbaik,” katanya.

Katanya, Pelan Anti Rasuah berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota setiap jabatan sehingga menjadi kebiasaan dan sebati menjadi budaya di sesebuah jabatan.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya