HomeUtamaSiasatan terperinci,telus masih dijalankan - Dr Rose Nani

Siasatan terperinci,telus masih dijalankan – Dr Rose Nani

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengambil serius dan masih menjalankan siasatan terhadap kes kematian seorang bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pihaknya turut mengambil maklum semua maklumbalas yang diterima bagi tujuan menambahbaik mutu perkhidmatan jabatan.

“Pihak JKNS mengesahkan insiden tersebut telah berlaku di HWKKS pada 19 Jun 2022 iaitu Ahad lalu.

“Siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan oleh pihak jabatan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.

“Terlebih dahulu pihak JKNS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini,” katanya.

Terdahulu sejak kelmarin, seorang pengguna media sosial yang dilihat mempunyai hubungan keluarga dengan ibu bayi berkenaan menyatakan rasa kecewa dengan kecuaian yang berlaku di hospital berkenaan yang mengakibatkan berlaku kematian terhadap seorang bayi yang baru dilahirkan.

Luahan pengguna media sosial itu turut tular sejak kelmarin selain menerima banyak komen selain mendapat perkongsian sehingga lebih 4,000 perkongsian.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya