HomeUtamaMoU CIDB Malaysia, CIOB UK bantu profesional pembinaan diiktiraf diluar negara

MoU CIDB Malaysia, CIOB UK bantu profesional pembinaan diiktiraf diluar negara

Read Time:1 Minute, 37 Second

LONDON : Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia dan Chartered Institute of Building (CIOB) United Kingdom merupakan jalinan kerjasama kompetensi, persijilan dan pengiktirafan profesional dalam pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persefahaman itu penting bagi membolehkan para pelajar yang bakal bergelar professional pembinaan negara bukan sahaja mempunyai kompetensi yang tinggi malah turut diiktiraf di luar negara.

“Justeru itu, saya mengajak Profesional Muda Malaysia yang berada di luar negara untuk pulang dan turut sama menyumbang kepada pembangunan negara.

“Ia khususnya di Sabah dan Sarawak yang amat memerlukan kepakaran anak tempatan kerana mereka faham dengan kehendak serta keperluan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang dianjurkan Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui CIDB di Malaysia Hall London yang turut dihadiri seramai 50 orang pelajar Sabah dan Sarawak.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi CIDB Ir. Yusof Abd Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid, dan Pengarah Pendidikan Malaysia London Prof Madya Dr Shafie Mohamed Zabri.

Dalam pada itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, majlis itu merupakan kesempatan yang terbaik untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan dan kekitaan serta mewujudkan perasaan kasih sayang dan muhibah sebagai sebuah Keluarga Malaysia walaupun berada di luar negara.

“Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, amat memberi penekanan kepada Sabah dan Sarawak.

“Ini dapat dilihat apabila Kerajaan telah membuat pindaan kepada Perlembagaan Negara dengan meletakkan Sabah dan Sarawak setaraf dengan Semenanjung,” katanya.

Selain itu katanya, komitmen Kerajaan untuk menyiapkan baki 19 pakej Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dalam tempoh lima tahun jelas menunjukkan bahawa Kerajaan amat memberi penekanan kepada aspek pembangunan infrastruktur bagi merapatkan jurang perbezaan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak sepanjang lebih dari 1500 kilometer akan melengkapkan jajaran perhubungan yang baik dan efisyen.

“Ini selari dengan pembangunan yang pesat susulan pemindahan ibu negara Indonesia di Kalimantan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya