HomeUtama10 hektar tanah dibangunkan di Zon Kiau laksana tanaman koko baharu

10 hektar tanah dibangunkan di Zon Kiau laksana tanaman koko baharu

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA BELUD : Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPHK) Tanaman Baharu 2022 (TB22) di Sabah telah dan sedang dilaksanakan menerusi pembukaan kawasan tanaman koko baharu berkeluasan seluas 300 hektar.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin berkata, menerusi program itu khidmat kontraktor digunakan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembukaan dan pembersihan kawasan tanaman koko baharu.

“Inisiatif ini akan meringankan lagi bebanan kewangan dan mengurangkan aktiviti fizikal yang perlu ditanggung sendiri oleh para pekebun kecil.

“Sebahagian besar golongan pekebun koko di Zon Kiau adalah berbangsa Dusun dan bekerja sebagai pemandu pelancong di Gunung Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menyempurnakan Program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia 2022 bersama peserta program RPHK TB22 di Kampung Kiau Taburi di sini hari ini.

Willie berkata, kedudukan kebun koko di lokasi yang strategik tersebut juga akan melonjakkan kawasan ini sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang berpotensi tinggi.

Oleh itu katanya, perancangan masa depan pembangunan industri koko di Zon Kiau juga akan berpaksikan kepada agro-pelancongan seiring dengan perkembangan industri inap desa dan rekreasi di kawasan ini.

“Lembaga Koko Malaysia (KLM) juga akan membangunkan 10 hektar tanah untuk tanaman koko baharu di Zon Kiau yang berkonsepkan integrasi tanaman dengan tanaman pilihan para pekebun iaitu avocado,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 orang pekebun dari kampung itu yang merupakan peserta RPHK TB22 Zon Kiau telah menghadiri sesi perjumpaan yang dikendalikan oleh LKM.

Intipati utama program RPHK TB22 meliputi komponen Projek Tanaman Baharu (TB), Projek Pembinaan Mini Pengeringan Koko serta Aktiviti Pemindahan Teknologi dan Pengembangan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya