HomeIsu tempatanMarah kena saman, lelaki langgar kenderaan JPJ guna jengkaut 

Marah kena saman, lelaki langgar kenderaan JPJ guna jengkaut 

Read Time:46 Second

KENINGAU: Marah akibat disaman, seorang lelaki nekad melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik menggunakan jengkaut yang dipandunya.

Menerusi video yang tular di Media Sosial, Kejadian itu dipercayai berlaku ketika sepasukan anggota JPJ melakukan operasi secara rondaan di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang.

Berdasarkan maklumat, anggota terbabit dikatakan melihat jengkaut yang mencurigakan dan anggota berkenaan menahan kenderaan terbabit untuk tujuan pemeriksaan, sebelum mendapati pemandunya tidak memiliki lesen memandu kelas F lapor portal berita harian.

Selepas saman dikeluarkan, pemandu yang tidak berpuas hati itu tiba-tiba melanggar kenderaan milik JPJ sehingga terbalik.

Beberapa video mengenai insiden itu tular di media sosial memaparkan anggota JPJ cuba memujuk pemandu jengkaut terbabit, namun tidak diendahkan.

https://fb.watch/dZoWhMuOeK/

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim mengesahkan kejadian itu dan kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, tiada anggota JPJ yang tercedera, namun kenderaan dilanggar lelaki terbabit rosak teruk.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya