HomePolitikGRS sebuah jajaran politik tempatan, wujudkan permuafakatan rakyat depani landskap politik negara

GRS sebuah jajaran politik tempatan, wujudkan permuafakatan rakyat depani landskap politik negara

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan sebuah jajaran politik tempatan yang menjadi formula tempatan dalam mewujudkan permuafakatan rakyat bagi mendepani landskap baharu politik negara.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  kehadiran parti politik nasional dalam GRS juga merupakan satu formula tempatan selain ianya tertakluk kepada agenda, teras dan prinsip gabungan parti itu. 

Katanya, komitmen kepada formula tempatan itu juga dipelihara dengan peruntukan undang-undang tubuh parti yang menetapkan bahawa teraju kepimpinan GRS adalah ditentukan melalui konsensus tempatan iaitu menerusi kesepakatan parti-parti komponen GRS. 

“Kita di Sabah akan menentukan sendiri barisan kepimpinan GRS bersandarkan kepada perlembagaan parti. 

“Setiap ahli GRS perlu berpegang teguh kepada agenda, teras, prinsip dan Perlembagaan GRS serta menjunjung keluhuran Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) kali ke-36 dan ke-37 di Dewan Hakka di sini hari ini. 

Hadir sama Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. 

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, GRS juga terbina atas mandat rakyat yang berjaya ditubuhkan sebagai sebuah entiti politik rasmi pada 11 Mac lalu dan ini juuga merupakan manifestasi aspirasi rakyat. 

Katanya, akar umbi juga mahukan kepimpinan gabungan ini bersatu dalam sebuah wadah tempatan untuk memperkukuhkan perjuangan membela hak-hak dan kepentingan anak watan di persada politik tempatan dan nasional. 

“GRS juga harus digerakkan dengan berpandukan kepada dua prinsip politik. Pertama, prinsip Politik Pembangunan yang mengutamakan pencapaian dan bukan janji retorika politik yang tidak berkesudahan; iaitu results over rhetoric.  

“Inilah falsafah di sebalik Prinsip Politik Pembangunan yang kita laksanakan dan GRS akan terus komited untuk melaksanakan aku janji dan membentangkan status pencapaian,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Politik Pembangunan yang bernilai dan bermakna perlu digerakkan seiring dengan Prinsip Politik Akomodasi.  

Katanya, kepimpinan juga perlu sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan bertindak secara akomodatif demi membina solidariti dan kesatuan rakyat.  

“Prinsip ini mengajak kita mencari titik persamaan untuk permuafakatan yang menyatukan, bukan perbezaan dan persaingan yang memecahkan. Ramai di antara kita telah berada dalam persada politik Sabah sekian lama.  

“Kita melihat Kerajaan silih berganti. Kita menjadi pemain dalam kerencaman persaingan politik di negeri ini, dan akhirnya kita sendiri mengakui bahawa Sabah masih jauh ketinggalan,” katanya.  

RELATED ARTICLES
Utama

Penyelidikan Pulau Layang-Layang azam untuk pertahan kedaulatan negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular