HomeUtamaWarga MINDEF perlu adaptasi semangat Keluarga Malaysia

Warga MINDEF perlu adaptasi semangat Keluarga Malaysia

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu mengadaptasi semangat Keluarga Malaysia dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz berkata, dengan usaha berterusan, imej dan prestasi MINDEF akan berada pada tahap yang tinggi.

Katanya, ianya sekaligus berjaya mencapai visi dan misi kementerian sejajar dengan slogan MINDEF iaitu ‘Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama’.

“Tiga teras utama dalam Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan  dan kesyukuran yang inklusif di mana semua harus saling membantu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan seterusnya memajukan negara.

“Warga MINDEF tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian serta harus membuat pembaharuan yang berterusan agar memenuhi permintaan dan harapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang 2022 Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengarah MINDEF Sabah, Samasuddin Lawe, Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan MINDEF, Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dan Panglima Angkatan Tugas Bersama 2, Tawau, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad.

Muez berkata, ekspektasi pelanggan atau rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi.

Justeru itu katanya, warga MINDEF perlu sentiasa peka serta berfikiran terbuka dalam melakukan perubahan yang selari dengan perubahan persekitaran.

“Setiap pegawai juga harus memupuk nilai-nilai positif yang berupaya menjadi inspirasi kepada pihak lain dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 51 penerima APC menerima sijil dan insentif prestasi RM1,000 dan tujuh pesara menerima sijil serta insentif persaraan berjumlah RM400 dan Pingat Pekerti Terbilang Tahun 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya