55 beg darah berjaya dikutip, bantu tambah bekalan Tabung Darah Hospital Beaufort

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

BEAUFORT: Sebanyak 55 beg darah berjaya dikumpulkan menerusi program derma darah yang diadakan di perkarangan Masjid Ar-Rayyan Batu 60 di sini semalam.

Meskipun kedudukan masjid yang jauh dari penempatan penduduk kampung berkenaan namun ianya tidak menjejaskan niat orang ramai untuk hadir ke program berkenaan selain turut menerima sambutan menggalakkan.

Pengerusi Masjid Ar-Rayyan Batu 60 Laiman Abdullah berkata, selain derma darah pelbagai program turut diadakan antaranya gerai-gerai jualan, kaunter pemeriksaan mata percuma dari Klinik Oftalmologi dan kaunter informasi kesihatan dari Unit Promosi Kesihatan, Hospital Beaufort.

Katanya, program itu diadakan adalah  bagi membantu mendapatkan bekalan darah berterusan ke tabung darah hospital khususnya Hospital Beaufort.

“Acara ini juga merupakan salah satu aktiviti dalam kalender masjid yang mana tahun lepas kami turut mengadakan acara yang serupa.

“Pembukaan kaunter pemeriksaan mata merupakan peluang kepada penduduk setempat, agar tidak perlu bergerak jauh dan berbaris di hospital untuk mendapat pemeriksaan dimana pegawai dari hospital dapat melakukan pemeriksaan mata di lokasi program sebelum merujuk para pesakit untuk pemeriksaan susulan ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Laiman turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program berkenaan selain kerjasama dari sukarelawan Hospital Beaufort serta Hospital Beaufort.

Hadir sama Pegawai Perubatan yang turut mengetuai pasukan tabung darah pada program tersebut, Dr Mohd Fairul Azwan Mohd Hussin, Sukarelawan Tabung Darah Hospital Beaufort, Mohd Salleh Sawilan dan wakil Y&Y Group, Koh Chen Shiung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *