HomeUtamaGenerasi muda digesa libatkan diri dalam program isu semasa

Generasi muda digesa libatkan diri dalam program isu semasa

Read Time:1 Minute, 15 Second

TAWAU: Generasi muda khususnya di daerah ini digesa untuk melibatkan diri dalam program-program berkaitan isu semasa.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penglibatan tersebut dapat memberi peluang untuk mereka melengkapi diri dengan maklumat terkini dan sahih.

Katanya, ianya juga dapat menangani isu berita yang tidak benar seterusnya menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat.

“Memandangkan generasi muda kini berpeluang mengundi dan memilih kepimpinan negara pada masa depan, maka penting untuk kita mengingatkan kepada mereka agar berhati-hati dengan isu atau berita yang mereka terima.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

“Mereka seharusnya bijak menilai agar tidak terpedaya dengan berita-berita tidak sahih atau isu-isu yang hanya mendatangkan kekeliruan yang boleh memecahbelahkan masyarakat di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Taklimat Isu-Isu Semasa Info On Wheels (IOW) di Kolej Tingkatan 6, Tawau di sini kelmarin.

Nizam berkata, melalui program seperti itu, masyarakat akan dapat menjelaskan kepada generasi muda agar bijak melaksanakan tanggungjawab demi masa depan negara dan tidak mensia-siakan masa depan mereka dengan percaya atau terlibat dalam penyebaran berita palsu.

Dalam majlis yang sama, Nizam turut menyampaikan slip sijil peperiksaan semester 1 kepada 375 pelajar di kolej berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Kolej Tingkatan 6 Tawau, Matnoor Sima, Ketua Penolong Pengarah Ketua Penolong Pengarah Gerak Saraf Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan Sabah, Busmin Brahim dan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Tingkatan 6 Tawau, Amir Kanje.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya