HomeIsu tempatanLapan buah rumah atas air musnah dalam kebakaran

Lapan buah rumah atas air musnah dalam kebakaran

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak enam buah rumah atas air di Kampung Lok Urai Pulau Gaya di sini musnah sepenuhnya manakala dua buah lagi hanya terbakar 50 peratus malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.06 malam.

“Operasi pemadaman awal dijalankan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pulau Gaya seramai 15 orang dengan menggunakan satu aliran hos sumber air dari kapal pembekal air.

“Kebakaran melibatkan lapan buah rumah atas air jenis tidak kekal iaitu enam buah rumah terbakar sepenuhnya manakala dua buah rumah terbakar hanya 50 peratus, “ katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya, anggaran keluasan keseluruhan kebakaran adalah seluas 50 meter persegi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Tambahnya, tindakan pasukan bomba setiba dilokasi mengambil maklumat kebakaran dan seterusnya membuat pemeriksaan kawasan kebakaran untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 12 tengah malam dan ditamatkan pada jam 12.40  tengah malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular