HomeIsu tempatanLKM anjur Hari Inovasi, perkenal produk Koko kepada masyarakat

LKM anjur Hari Inovasi, perkenal produk Koko kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Koko Malaysia (LKM) bakal mengadakan Hari Inovasi LKM yang akan diadakan selama tiga hari bermula 21 Julai ini.

Pegawai Penyelidik Bahagian Bioteknologi, Lea Johnsiul berkata, program tersebut akan diadakan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Katanya, antara kategori yang dipertandingkan adalah teknologi/produk makanan berkaitan koko,teknologi/produk bukan makanan berkaitan dengan koko serta rekabentuk pembungkusan produk coklat.

“Ciptaan terbaik dari keseluruhan pertandingan menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM1,000 selain pingat emas beserta sijil.

“Hanya penyertaan pertandingan reka cipta pembungkusan masih dibuka sehingga 13 Julai 2022 dan bagi yang berminat boleh berhubung dengan LKM dengan mendapatkan maklumat lanjut di laman web dan akaun media sosial jabatan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan mesra kepada Pengarah Penerangan Negeri Sabah,  Nadzerah Abdullah di sini semalam.

Lea memaklumkan tujuan utama penganjuran LKM adalah untuk menguar-uarkan kepada penduduk sekitar produk inovasi LKM dalam membantu sektor industri koko di samping memperkenalkan koko kepada masyarakat.

Katanya, antara pengisian menarik semasa Hari Inovasi LKM itu adalah pelancaran coklat formulasi khas sesuai untuk pesakit diabetes. 

“Selain itu, terdapat pameran R&D, inovasi produk dan teknologi LKM serta jualan pelbagai produk usahawan coklat. 

“Sabah masih merupakan pengeluar koko terbesar di Malaysia dan pada tahun 2021, Poimon Dangkat dari Kota Marudu telah memenangi pingat emas di Cocoa of Excellence Awards (Asia dan Pasifik),” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya