HomeUtamaYasin terlepas hukuman gantung sampai mati

Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati

Read Time:48 Second

CYBERJAYA — “Saya amat bersyukur dengan keputusan ini,” kata penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja hari ini.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman menyifatkan keputusan itu satu perkembangan positif bagi dirinya.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret hari lapor Berita Harian.

Terdahulu, penyanyi nasyid dan komposer, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.

Bagaimanapun Yasin didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya