HomePolitikAnnuar saksi perjanjian jawatan TPM, kata Wan Saiful

Annuar saksi perjanjian jawatan TPM, kata Wan Saiful

Read Time:1 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan mendakwa Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa merupakan saksi kepada perjanjian gabungan antara Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut laporan FMT, Wan Saiful berkata demikian bagi mengulas penafian Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berhubung terdapat perjanjian Ismail dengan PN untuk lantikan jawatan itu.

“Yang menjadi saksi kepada ‘coalition agreement’ (perjanjian gabungan) di sebelah Perdana Menteri ialah Annuar Musa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Shahril berkata jika benar perjanjian itu wujud, mengapa baru sekarang ia dibangkitkan oleh sesetengah pihak ketika ini.

Shahril juga mendakwa pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dengan mana-mana pihak, termasuk PAS dalam PN.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, kejujuran Shahril masih dipersoalkan sebab sebelum ini ada tuduhan bahawa Ketua Penerangan UMNO itu sebagai ‘perisik’ Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, ini menunjukkan ada perkara yang Ismail belum cukup percaya untuk dikongsi dengan Shahril.

“Ini bukan isu jawatan. Ini isu akhlak dan integriti. Saya tahu sebahagian pemimpin UMNO memandang mudah isu amanah dan integriti.

“Maklumlah, Zahid dan Najib Razak dua-dua ada masalah integriti yang boleh masuk sejarah dunia. Bila orang yang di atas tidak malu untuk berakhlak buruk, maka hilanglah sifat amanah dan integriti,” katanya.

Wan Saiful berkata, integriti Ismail juga sedang diuji.

“Adakah dia seorang yang mengotakan kata-kata atau tidak. Saya dimaklumkan keperibadian Ismail berbeza dengan Zahid dan Najib. Puad Zarkashi boleh baca komen ini ya. Saya malas nak layan perangai kaki bodek macam Puad,” katanya.

Selasa lalu, Wan Saiful berkata kepada FMT, perbincangan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibuat antara presiden parti itu, Muhyiddin Yassin dengan Ismail baru-baru ini, bukan sesuatu yang baru.

Beliau berkata, jawatan itu adalah perjanjian yang dibuat antara PN dengan Ismail sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya