HomeIsu tempatanPolis kesan 5 saksi melibatkan kes jenayah kekerasan

Polis kesan 5 saksi melibatkan kes jenayah kekerasan

Read Time:51 Second

KOTA MARUDU: Polis dalam usaha mengesan lima orang saksi yang dikehendaki hadir bagi prosiding perbicaraan di mahkamah Majistret Kota Marudu pada 22 Ogos 2022 hingga 25 Ogos 2022.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kelima-lima saksi etnik Palauh itu dikehendaki hadir ke prosiding untuk satu kes sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Marudu melibatkan jenayah kekerasan dan kes dibicarakan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian berlaku sekitar bulan Febuari tahun 2020 di Pulau Lundayan, Pitas, enam mangsa berumur lingkungan 19 hingga 60 tahun telah dipukul menggunakan objek keras oleh suspek berumur 43 tahun.

Menurut Zairolnizal, kelima-lima saksi tersebut iaitu Haimi Tani, 60, Syam Mubin, 30, Alamani Nasalti, 19, Jamaldi Annasi, 20, dan Sarata Nasir, 36. Kesemua saksi adalah lelaki dan sebelum ini menetap di Pulau Lundayan, Pitas.

“Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Kes Insp. Mohd Zulkairi Bin Md Daud di talian 0138813013 atau menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya