TUDM adakan latihan operasi, terbang rendah di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:35 Second

KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan latihan operasi dan kesiagaan di beberapa kawasan sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah bermula 12 hingga 21 Julai depan.

TUDM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, sepanjang latihan itu, pesawat-pesawat TUDM akan mengadakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan yang dinyatakan.

“Latihan yang dilaksanakan ini bertujuan menilai kecekapan anak kapal TUDM serta menguji tahap kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin pelaksanaan operasi dengan lebih berkesan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, latihan yang dijalankan itu turut melibatkan penglibatan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya terlihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dalam tempoh latihan dijalankan. – Bernama

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *