Bekalan Ayam kini stabil, penternak patuhi harga jualan ladang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 40 Second

KUALA LUMPUR — Penternak tempatan kini beroperasi pada tahap maksimum bagi memastikan pengguna tidak terputus bekalan ayam segar.

Tindakan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ( MAFI) yang sering melibatkan pemain industri di dalam sesi perbincangan mereka mengenai bekalan ayam segar tempatan ternyata membuah hasil yang positif apabila bekalan ayam kini stabil di pasaran.

Para penternak juga dapat mematuhi harga siling jualan ayam segar di peringkat ladang iaitu RM 6.00 bagi setiap kilogram seperti yang dikuatkuasakan kerajaan mulai 1 julai lalu.

Semakan melalui beberapa sumber industri mengenai harga jualan di peringkat ladang semenanjung Malaysia menyaksikan penternak menjual harga ayam segar kurang daripada kadar harga yang ditetapkan.

melalui semakan Sumber industri di Johor, pembekal menjual ayam pada harga diantara RM 5.85- 5.95 sen sekilo

Manakala seorang lagi pembekal menjual pada julat harga 5.85-5.90 sekilo sementara semakan dengan sumber industri di Selangor pula, pihak ladang kini turut menjual pada harga RM 5.75-5.85 / kg kepada mereka.

Begitu juga di Kelantan, penternak secara puratanya menjual pada kadar 5.90 sekilo.

Manakala berat Purata berat ayam hidup yang diterima mereka sekitar 2 – 2.3 kg seekor

Ini menyaksikan pihak ladang mematuhi had harga jualan siling ayam di peringkat ladang yang ditetapkan Kerajaan iaitu RM 6.00 / kg iaitu peningkatan RM 0.40/ kilo dari harga jualan yang ditetapkan Jun lalu.

Pada jun lalu, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Jika keseluruhan ladang dan kilang dapat beroperasi secara maksimum, kita jangka boleh langkau keperluan ayam dua juta sehari kerana sejak sekian lama penternak mampu bekalkan keperluan tempatan sehingga ayam turut dieksport.

“Ketika ini, kita perhatikan bekalan ayam sudah kembali stabil sebelum memutuskan larangan eksport ditarik balik kerana larangan itu adalah bersifat sementara bagi menstabilkan bekalan dalam negara dahulu.

Malaysia mengenakan larangan eksport ayam sejak 1 Jun lalu, bagi memastikan terdapat bekalan yang mencukupi untuk pasaran domestik.

Dan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) turut meminta kerajaan supaya menamatkan larangan pengeksportan ayam hidup yang dikuatkuasakan sebelum ini baru-baru ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *