Pasangan suami isteri terselamat, rumah hangus dibakar jiran

Read Time:43 Second

CYBERJAYA: Pasangan Suami isteri warga emas terselamat dalam kebakaran rumah yang dipercayai akibat perbuatan khianat jiran.

Dalam kejadian di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, pada 4.30 pagi tadi, mangsa berusia 75 tahun berada dalam rumah itu bersama isterinya sebelum menyedari api membakar sebahagian kediaman mereka.

Ketua Polis Tumpat, Amran Dolah, berkata sebelum kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki yang juga jirannya membaling satu objek disyaki bahan api ke atas bumbung rumah.

“Tindakan itu menyebabkan rumah mangsa terbakar dan hangus keseluruhannya. Kerugian dianggarkan RM350,000.

“Bertindak hasil risikan, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an yang juga jiran mangsa disyaki terbabit kes ini,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, ujian saringan mendapati suspek positif methamphetamine dan permohonan reman akan dikemukakan esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api dengan niat hendak membinasakan rumah,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.