HomeUtamaKetua Menteri & isteri hadir Majlis Ceramah Perdana “Aidiladha Yang Dirindu”

Ketua Menteri & isteri hadir Majlis Ceramah Perdana “Aidiladha Yang Dirindu”

Read Time:43 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Ceramah Perdana “Aidiladha Yang Dirindu” di Dewan Seri Sulaman di sini, semalam.

Majlis itu yang menampilkan penceramah jemputan khas, Ustaz Dr Das’ad Latif dari Indonesia, selain persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Ustaz Nazrie Raihan.

Ribuan umat Islam membanjiri dalam dan luar dewan bagi mendengar ceramah perdana oleh Dr Das’ad Latif.

Das’ad Latif dikenali dengan gaya ceramahnya yang ringan dan santai dengan menyelipkan pesan-pesan Islam dalam bentuk kisah yang lucu sehingga semua golongan masyarakat mudah menerimanya.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.

RELATED ARTICLES
Utama

MTCP : Diplomasi Budaya 2024 kukuhkan hubungan dua hala

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular