Tiada perjanjian dilakukan untuk lantik TPM 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

CYBERJAYA — Tiada sebarang perjanjian yang dibuat dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melantik Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataannya kepada media.

Beliau berkata, kenapa isu tersebut dibangkitkan oleh sesetengah pihak waktu sekarang sekiranya benar perjanjian itu wujud sedangkan pelantikan jawatan TPM tidak pernah dibincangkan dengan mana-mana pihak termasuklah PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Tiada perjanjian setahu saya. Kalau ada perjanjian kenapa sekarang baru kita dengar dakwaannya? Kalau ada, kenapa ada Menteri-Menteri Kanan?

“Tak pernah diumumkan, tak pernah dibincangkan. PAS pun dalam PN. Tak pernah pun sebut apa-apa berhubung hal ini. Jadi saya anggap ni cerita rekaan semata-mata oleh pihak terdesak,” katanya

Dalam masa yang sama, Shahril Hamdan menegaskan bahawa pendirian Ismail Sabri pasti tidak akan menyerah dengan mana-mana desakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hal ini kerana, Ismail Sabri merupakan ahli setia UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan untuk membuat keputusan pula pasti akan berpegang pada pendirian UMNO, bukannya desakan dari PN.

“Tambahan lagi, sekarang dalam keadaan cabaran ekonomi dan di hujung-hujung penggal ini bukan masa untuk sibuk tentang jawatan baru sedangkan Kabinet sudah ada.

“Patut Kabinet dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bantu Perdana Menteri, bukan desak-desak jawatan,” tekannya lagi.

Shahril Hamdan tampil bagi mengulas dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ni yang mendakwa ada perjanjian untuk melantik TPM yang telah dibuat antara PN dengan Ismail Sabri sebelum beliau menjadi PM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *