HomeUtamaRujuk TH sebelum dapatkan pakej haji agensi luar

Rujuk TH sebelum dapatkan pakej haji agensi luar

Read Time:2 Minute, 21 Second

PUTRAJAYA : Orang ramai khususnya umat Islam dinasihatkan untuk merujuk kepada Lembaga Tabung Haji (TH) jika ingin menunaikan ibadah haji menggunakan khidmat agensi luar bagi mengelak daripada ditipu.

Mentei di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, beliau mengakui rasa kecewa mengenai insiden melibatkan hampir 400 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“Saya mengambil maklum berkenaan isu bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA dan Hotel Movenpick KLIA melibatkan hampir 400 orang.

“Selain itu,saya juga telah dimaklumkan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap perkara ini dan tindakan pihak berkuasa juga telah dimulakan bagi proses siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ianya melibatkan urusan Rukun Islam yang perlu dipandang berat oleh semua umat Islam termasuklah pihak agensi yang menguruskan jemaah haji.

Beliau turut meminta siasatan terperinci dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dan sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak yang terbabit perlulah dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak berulang lagi kes sedemikian.  Saya memohon kepada pihak yang teraniaya dan seluruh keluarga yang terlibat agar tabah dan terus mengambil peluang pada Hari Arafah untuk bermunajat dan memanjatkan doa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mengambil maklum dan prihatin dengan nasib bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA semalam.

Dalam satu kenyataan, KPDNHEP memandang serius terhadap isu ini yang sering berlaku setiap musim haji menunjukkan ketidak-pekaan masyarakat pengguna terhadap kewujudan mereka yang mengambil kesempatan untuk memperdayakan masyarakat pengguna.

“KPDNHEP dengan ini menyeru supaya Syarikat Agensi Haji terbabit mengadakan perbincangan dan berunding dengan seberapa segera bersama semua bakal haji yang terkandas supaya jalan penyelesaian yang murni dapat dicapai demi kepentingan kedua-dua belah pihak terutama pengguna iaitu bakal haji yang terkandas tersebut.

“Sekiranya jalan penyelesaian tidak dapat dicapai, Kementerian menyeru kepada bakal-bakal haji tersebut supaya membuat laporan polis dan memajukan tuntutan tebus rugi bagi amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000.00 kepada Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia (TTPM) di mana-mana pejabat KPDNHEP seluruh Malaysia,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

KPDNHEP berkata, jika tuntutan itu melebihi RM50,000, bakal haji terbabit boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

Menurut kenyataan itu lagi, semua tuntutan hendaklah disertai dengan bahan bukti yang lengkap termasuk iklan, resit bayaran, segala transaksi termasuk rekod perhubungan antara bakal haji dengan Syarikat Agensi Haji tersebut.

“Tindakan segera dari bakal haji sangat penting supaya tiada lagi Syarikat Agensi Haji dan Umrah berwewenangan mengambil kesempatan untuk memperdaya atau tidak memenuhi tanggungjawab mereka terhadap bakal haji dan umrah di Malaysia.

“Untuk maklumat lanjut berkenaan tuntutan tebus rugi dan TTPM bolehlah menggunakan hotline TTPM di 1 800 88 9811, atau 03-8882 5822 atau e-mel kepada [email protected],” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya