Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak 

Read Time:52 Second

BERNAMA

SHAH ALAM: Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa berusia 41 tahun pada jam 6.15 petang semalam selepas diberitahu oleh guru tadika berkenaan.

“Hasil siasatan, mangsa menjelaskan bahawa suspek lelaki berusia 26 tahun itu menolaknya mangsa ke tempat duduk penumpang dan merampas kenderaan mangsa semasa anak mangsa berusia enam tahun memasuki kenderaan.

“Suspek telah ditangkap pada jam 10.10 pagi ini ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Turut hadir bersama suspek adalah dua beranak yang diculik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata saringan air kencing suspek mendapati positif dadah dan kedua-dua ibu dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek adalah bekas kekasih mangsa berusia 33 tahun dan motif tindakannya kerana masih sayangkan wanita itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan saspek direman esok,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.