HomeUtamaBakal jemaah haji ditipu, pemilik syarikat pelancongan antara 5 ditahan 

Bakal jemaah haji ditipu, pemilik syarikat pelancongan antara 5 ditahan 

Read Time:1 Minute, 10 Second

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kes bakal jemaah haji Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, tangkapan ke atas kelima-lima suspek dibuat malam tadi dan salah seorang daripada mereka adalah pemilik syarikat pelancongan terbabit.

“Setakat ini ada lima tangkapan, dua lelaki dan tiga perempuan, salah seorangnya adalah pemilik syarikat pelancongan itu, seorang agen di dalam saman yang dibuat, dan dua pekerja,” katanya lapor portal FMT.

Ashari berkata, pihaknya kini dalam proses merakam percakapan kelima-lima suspek dan kes itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kita akan bawa pergi ke mahkamah dan kita tak tahu lagi sama ada reman akan dikeluarkan atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, polis sudah menerima 23 laporan daripada mangsa yang melibatkan kerugian kira-kira RM760,000.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah KLIA, Imran Abd Rahman dilaporkan berkata, pihaknya sudah menemubual pemilik agensi pelancongan terbabit secara lisan dan merekod keterangan individu terbabit selepas menerima aduan jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia susulan selepas berlaku sedikit kekecohan pada Khamis lalu apabila jemaah terbabit mendapati mereka gagal berangkat ke Tanah Suci.

Khamis lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan selepas dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya