5 Divisyen laksana ibadah korban

Read Time:56 Second

PUTATAN : Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen) hari ini mengadakan sambutan Hari Raya Aidiladha seterusnya melaksanakan ibadah korban di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi di sini.

Acara dimulakan dengan solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan oleh Pegawai Kerohanian dan Moral MK 5 Divisyen, Leftenan Kolonel Wan Abdu Malek Al-Hurri Wan Husin.

Acara diteruskan dengan penyerahan sumbangan kotak makan Ummah dari MyFundAction kepada 20 warga Kem Lok Kawi yang disempurnakan oleh Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Abdul Rahman A. Wahab.

Beliau seterusnya membuat penyerahan pisau sembelih kepada Pegawai Kerohanian dan Moral Markas 5 Divisyen sebagai simbolik bagi penyempurnaan Ibadah Korban di mana sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan dalam sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyumbangkan empat ekor lembu manakala Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya sebanyak dua ekor lembu.

Turut menyumbang, GAPMATA dan Pertubuhan Ehsan masing-masing menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan.

Ibadah Korban pada tahun ini kembali disambut dalam suasana meriah berikutan peralihan ke fasa endemik yang diumumkan mulai awal April yang lalu.

Seterusnya pengagihan daging korban dilaksanakan kepada seluruh Warga kem Lok Kawi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.