HomeUtamaHubungan dua hala Sabah, Pulau Pinang terus diperkukuh

Hubungan dua hala Sabah, Pulau Pinang terus diperkukuh

Read Time:2 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Hubungan dua hala di antara Sabah dan Pulau Pinang terus diperkukuhkan menerusi lawatan rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, menerusi lawatan itu juga dapat memberi manfaat bersama khususnya dalam perkongsian idea dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Antara hasil yang diperolehi menerusi lawatan ini ialah untuk menarik pelabur, semua infra asas harus tersedia seperti bekalan elektrik, air, jaringan jalan raya, liputan internet dan bekalan tenaga kerja yang mencukupi.

“Kita dapat berkongsi idea dan melihat Pulau Pinang mampu mencapai pembangunan infra serta pelancongan di tahap lebih ke depan.

“Meskipun negerinya bersaiz kecil, namun sektor pertanian mereka sangat berdaya maju dan berdaya saing dengan penggunaan hasil penyelidikan dan pembangunan di peringkat yang maksimum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri pengiring delegasi lawatan rasmi itu turut disertai isteri Jahid, Datin Malianah Ugau serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan isteri, Datin Seri Nuinda Alias selama empat hari tiga malam pada 2 hingga 5 Julai lalu.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang serta isteri, Datin Teoh Hooi Tuang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Ahmad Jailani Mohamed Yunus serta isteri, Datin Noorsham Muhamad Din.

Sambutan penuh istiadat itu dijayakan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) oleh Angkatan Tentera Malaysia serta doa dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Di Seri Mutiara, Tun Juhar dianugerahkan darjah tertinggi negeri itu, Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) dalam istiadat penganugerahan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

Delegasi Yang di-Pertua Negeri Sabah kemudiannya berangkat ke Top View KOMTAR untuk majlis makan malam dan melawat kawasan sekitar.

Pada hari kedua lawatan, seawal jam 7.30 pagi, Toh Puan Norlidah serta delegasi sempat beriadah dengan mengayuh basikal sepanjang 15 kilometer dari penginapan, Shangri-La Rasa Sayang Resort, Batu Feringghi ke Taman Rimba, Teluk Bahang, sambil melawat dan mendengar taklimat ringkas mengenai aktiviti tanaman pokok di taman tersebut.

Dalam acara berasingan, Tun Juhar pula menghadiri lawatan ke The Ship Campus, Batu Kawan pada jam 9.30 pagi, sebelum kedua-duanya melawat ke Pejabat Jabatan Struktur Jambatan kedua Sendirian Berhad (JKSB), Batu Kawan menjelang tengah hari diikuti lawatan ke The Blue Mansion, Lebuh Letih pada sebelah petang.

Pada sebelah malam, Tun Juhar dan delegasi menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengikuti taklimat pembangunan oleh Datuk Dr Ahmad Jailani yang disusuli jamuan makan malam serta persembahan hiburan.

Manakala pada hari ketiga, Tun Juhar serta delegasi menghadiri lawatan ke Bukit Bendera menaiki keretapi ke puncak sambil diiringi Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, sebelum Toh Puan Norlidah melawat dan menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar ke Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas pada jam 11.30 pagi. 

Atas faktor cuaca yang kurang baik pada sebelah petang, acara taklimat pengenalan jenis-jenis durian yang dijadualkan terpaksa dibatalkan oleh penganjur, namun delegasi dijamu dalam majlis makan malam di The Tamarra by Irama Dining.

Pada istiadat keberangkatan balik, delegasi Yang di-Pertua Negeri Sabah diiringi kawalan kehormatan setempat (KKS) oleh ATM dan bacaan doa sebelum pesawat berlepas. 

Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Datuk Dr Ahmad Jailani serta Timbalannya serta Pegawai Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya