Konsert Gegar HBN antara pengisian aktiviti sambutan HBN peringkat Kebangsaan di Tuaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU: Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini bertempat di Padang Pekan Tuaran.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah Ikrar belia Malaysia yang akan dilaksanakan di seluruh negara secara serentak pada majlis pelancaran Sabtu ini.

Katanya, sambutan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada Sabtu ini dan akan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sambutan ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti sukan berbentuk larian amal iaitu ‘HBN Charity Run’ selain pameran dari belia untuk belia yang menyajikan pelbagai aktiviti bagi menarik minat para belia yang hadir.

“Program santai belia sejahtera turut dilaksanakan iaitu aktiviti berbentuk kerohanian yang menyajikan forum kepada anak muda selain aktiviti explorace yang memfokuskan kepada kenegaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam bicara naratif sempena Sambutan Karnival HBN Peringkat Kebangsaan di Studio TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah di sini semalam.

Ellron berkata, ekspo belia Keluarga Malaysia turut diadakan dimana ia mempamerkan pamera dan jualan usahawan-usahawan belia selain carnival kerjaya yang memfokuskan kepada para belia yang mencari pekerjaan.

“Bagi memeriahkan lagi sambutan HBN, satu konsert gegar HBN turut diadakan dimana ia menampilkan artis-artis terkenal tanahair dan artis-artis tempatan negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, sebanyak empat objektif ingin dicapai menerusi sambutan HBN kali ini termasuklah ingin memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Katanya, HBN ini juga dapat memberi semangat dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia di kala negara dan dunia dilanda pandemik dimana belia masih mendapat perhatian daripada Kerajaan bagi menghadpai situasi semasa.

“Kita juga ini menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus konsisten untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan juga kepada negara.

“Selain itu, kita juga ingin menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *