HomeIsu tempatanOp Degil (COS/SOS) beri kesedaran & pengajaran individu yang mengotorkan sekitar...

Op Degil (COS/SOS) beri kesedaran & pengajaran individu yang mengotorkan sekitar Bandaraya KK

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan Op Degil (Compound On The Spot – COS / Summon On The Spot- SOS) di seluruh kawasan bandaraya Kota Kinabalu terutamanya di taman-taman awam dan tempat-tempat awam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, Op Degil (COS/SOS) dijalankan setiap hari bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan bandaraya dan juga memberi pengajaran kepada individu-individu yang mengotorkan persekitaran bandaraya.

Op Degil (COS/SOS) dijalankan di sekitar Kota Kinabalu. – Foto ihsan DBKK
Op Degil (COS/SOS) dijalankan di sekitar Kota Kinabalu. – Foto ihsan DBKK

“Sasaran operasi ini adalah kepada individu atau syarikat yang mengotorkan atau membuang sampah di tempat awam dan kesalahan yang selalu ditemui seperti membuang puntungan rokok, tisu, botol minuman dan bekas makanan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, di bawah punca kuasa Undang-Undang Kecil (UUK) Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005, pesalah akan diberi pilihan sama ada membayar kompaun serta merta ‘Compound
On The Spot’ (COS) tidak kurang dari RM30 dan tidak lebih dari RM500 mengikut jenis dan jumlah sampah yang dibuang atau hadir di mahkamah ‘Summon On The Spot’ (SOS).

“Jika pesalah disabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau dihukum Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan melakukan kerja-kerja masyarakat empat jam
sehari dalam tempoh tidak lebih tiga bulan.

“Bermula bulan Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 1105 kompaun serta merta (COS) telah dikeluarkan. Manakala bermula dari tahun 2016 hingga tahun 2022, seramai 691 pesalah telah dihadapkan ke mahkamah (SOS),” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan kepada orang awam untuk sama-sama menjaga kebersihan persekitaran bandaraya Kota Kinabalu.

“Op Degil (COS/SOS) ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka dan mengambil berat dalam menjaga kebersihan persekitaran bandaraya yang tercinta ini,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

AKEPT, UMS lancar projek kerjasama tambah baik sistem UniLead

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular