HomeUtamaDUN Sabah : KPLB ambil langkah serius tangani isu pembasmian kemiskinan

DUN Sabah : KPLB ambil langkah serius tangani isu pembasmian kemiskinan

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah mengambil beberapa langkah serius dalam menangani isu pembasmian kemiskinan di negeri ini secara efektif.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, beberapa pendekatan lain turut dilaksanakan bagi memastikan usaha ini dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

“Saya mendengar dan meneliti, soalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan sebentar tadi khususnya mengenai pendekatan untuk mengatas atau membasmi kemiskinan di negeri ini yang dilihat sesuatu yang dinamik.

“Justeru itu, kita telah membuat pendekatan baharu yang sekarang sedang dalam perancangan, sesuai dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Darell Leiking (WARISAN-Moyog) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Jahid berkata, langkah yang diambil akan melihat kepada kos selain impak yang akan diterima oleh golongan sasar.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Salleh Tun Said berkata, KPLB sehingga kini masih meneruskan kerjasama dengan beberapa buah agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi membendung masalah kemiskinan luar bandar di negeri Sabah.

Jambri berkata, antara langkah holistik yang diambil dimana KPLB Sabah bertindak sebagai penyelaras bagi program-program yang telah diperuntukan oleh KPLB Persekutuan.

Antaranya seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jalan Penghubung Desa (JPD), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar (JALB) dan Program Ameniti Sosial (PAMS).

“Selain itu, Kementerian saya bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah terlibat dalam pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Fasa 1 Tahun 2022 yang telah dilancarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

“Pada tahun ini, pihak EPU dan UPEN telah berkolaborasi dengan pihak kementerian dengan mengadakan lawatan ke 10 buah daerah yang tersenarai dalam daerah termiskin di Sabah.

“Ia bertujuan bagi mengenalpasti dan menerima cadangan berkenaan dengan aktiviti yang bersesuaian untuk dilaksanakan di daerah masing-masing bagi memastikan daerah-daerah tersebut boleh terkeluar daripada senarai daerah termiskin,” katanya.

Tambahnya, KPLB juga bercadang untuk meneruskan lagi kerjasama dengan beberapa agensi negeri dan persekutuan dalam melaksana beberapa program pembasmian kemiskinan.

 Program-program yang terlibat masing-masing adalah Program Kampung Sejahtera, Program MESEJ, Program BALBA dan Program Keusahawanan Luar Bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya