DUN Sabah : Tiada bayaran laksana kajian pindah KKIA ke Kimanis

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang bayaran kepada Syarikat Berjaya Land Berhad (BLB) bagi menjalankan kajian mengenai cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kimanis.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kajian itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Qhazanah Sabah Berhad (QSB).

Katanya, kajian itu adalah bagi melihat kemungkinan untuk memindahkan KKIA yang kini sudah mencapai kapasiti penuh sembulan juta penumpang setahun (MPPA).

“Kerajaan bersetuju untuk melantik Berjaya Land Bhd bagi melaksanakan kajian tersebut berdasarkan keyakinan ia mempunyai pengalaman dalam melaksanakannya.

“Manakala QSB dilibatkan sebagai syarat Kerajaan Negeri walaupun tiada pengalaman berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Shafie bertanyakan mengenai soalan bayaran dan pengalaman Berjaya Land Bhd dalam mengendalikan kajian berkenaan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, QSB juga tidak membayar sebarang bayaran untuk membuat kajian kemungkinan pemindahan lapangan terbang berkenaan.

“Dari segi pengalaman Berjaya Land Bhd, saya tidak tahu secara menyeluruh tetapi jika ia tiada pengalaman sekalipun dalam perkara ini, saya yakin mereka akan membuat ‘engagement’ dengan kosultan di luar negara atau dalam negeri untuk membuat kajian ini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *