HomeUtamaCovid-19, dasar perlindungan dan konflik geopolitik dunia beri kesan kepada rantaian bekalan...

Covid-19, dasar perlindungan dan konflik geopolitik dunia beri kesan kepada rantaian bekalan makanan – Ronald Kiandee

Read Time:1 Minute, 25 Second

PARLIMEN – Isu penularan pandemik COVID-19, dasar-dasar perlindungan (protectionist policies) yang diamalkan oleh beberapa buah negara serta konflik geopolitik dunia seperti krisis Rusia-Ukraine telah memberi kesan terhadap rantaian bekalan makanan dunia dan Malaysia tidak terkecuali dari menerima tempiasnya

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata peningkatan inflasi turut memberi kesan terhadap kitaran pengeluaran bahan makanan disebabkan oleh kenaikan harga makanan ternakan dan input pertanian seperti baja dan racun selain kenaikan kos logistik pasca pandemik COVID-19. 

Beliau berkata demikian Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Dato Ahmad Naslan Idris yang mahu tahu apakah cabaran yang dihadapi oleh sektor agromakanan untuk memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar di Dewan Rakyat hari ini. 

Tambah Dr Ronald lagi isu kekurangan sumber asli seperti kawasan tanah yang terhad dan semakin berkurangan merupakan antara cabaran yang dihadapi selain daripada perubahan iklim global. 

“ Perubahan iklim meningkatkan risiko kejadian bencana seperti banjir, kemarau yang berpanjangan, peningkatan suhu, pola hujan yang berubah serta kenaikan aras air laut hingga mempengaruhi ketersediaan air (water availability). 

“Berdasarkan rekod, sepanjang tempoh lima tahun sahaja (2017-2021), sebanyak 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau katanya. 

Dalam pada itu Ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Ronald berkata konsesi Bernas bukanlah konsesi yang berat sebelah dan terdapat 10 obligasi yang dikenakan ke atas Bernas yang diantaranya untuk membantu pesawah-pesawah, membangunkan sistem profiling tanah serta beberapa perkara lagi.

“ Keputusan untuk menyambung konsesi bernas sebagai pengimport tunggal membantu negara dalam memastikan bekalan beras negara sentiasa stabil dan terkawal katanya

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular