HomeUtamaSabah terus laksana BAIK 2.0 tahun ini

Sabah terus laksana BAIK 2.0 tahun ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diteruskan tahun ini dengan pemberian sebanyak 1,000 unit komputer riba kepada pelajar B40 di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemberian itu adalah bagi memudahkan para pelajar menjalani sesi pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

“Pada tahun ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan untuk 1,000 komputer kepada pelajar-pelajar kita di IPT awam dan swasta.

“Hari ini kita sampaikan sebahagian kepada penerima.  Kita juga sedang menapis permohonan daripada anak-anak kita yang benar-benar memerlukan peralatan ini untuk tujuan pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan BAIK kepada 10 pelajar terpilih di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Awal Januari lalu, Ketua Menteri Datuk  Seri Hajiji Noor mengumumkan peruntukkan sejumlah RM35 juta bagi meneruskan program Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Secara One-Off (BUDI); Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan BAIK serta tiga lagi inisiatif yang baharu diperkenalkan.

Antara inisiatif baharu diperkenalkan iaitu Bantuan Aktiviti PIBG Sekolah (BAGUS); Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022.

Menerusi program BAIK,kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi tujuan tersebut pada tahun ini.

Pada tahun lalu, seramai 10,000 orang pelajar SPM,STPM dan STAM yang memerlukan telah menerima bantuan komputer riba.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya