UMS, UiTM meterai perjanjian penyelidikan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyempurnakan pemeteraian perjanjian penyelidikan berkaitan penyelidikan kimia dan farmakologi terhadap produk ubatan semula jadi di Sabah.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin bersama Pengarah Atta-Ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns) UiTM, Prof. ChM. Dr. Nor Hadiani Ismail.

Menurut Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, Profesor Madya Dr. Monica Suleiman, penjanjian penyelidikan antara kedua-dua universiti ini dapat membantu membangunkan industri farmaseutikal di Malaysia.

“Jalinan kerjasama penyelidikan ini adalah bertajuk “Chemical and pharmacological investigation on medicinal natural products of Sabah”, yang mana hasil penemuan akhir kajian penyelidikan dapat mengesahkan bahawa penggunaan tradisional tumbuhan ubatan di Sabah dapat dikembangkan menjadi ejen farmaseutikal dan nutraseutikal.

“Kerjasama penyelidikan ini juga penting untuk mencapai Dasar Bioteknologi Negara (NBP) dan Dasar Perubatan Kebangsaan Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian penyelidikan tersebut di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori UMS, baru-baru ini.

Katanya, jalinan kerjasama antara IBTP dan AuRIns telah bermula sejak tahun 2019 lagi melalui projek geran penyelidikan dan penyeliaan pelajar pascasiswazah. 

“UMS dan UiTM juga akan menjadi penganjur bersama satu persidangan antarabangsa iaitu ‘International Conference on Natural Products (ICNP) pada 21-23 September 2022. Dengan itu, saya bersama rakan saing di AuRIns iaitu ChM. Dr. Fatimah Salim bersepakat untuk mengadakan perjanjian antara dua institut ini secara rasmi agar penyelidikan dan kerjasama dapat dijalankan secara lebih efektif dan komprehensif,” katanya.

Sementara itu, Monica juga berharap dengan pemeteraian perjanjian ini ianya akan mengeratkan lagi kerjasama antara UiTM dan UMS dalam memperkasakan bidang penyelidikan dan latihan sekali gus membantu IBTP memaksimumkan kepakaran serta kapasiti sedia ada dalam melaksanakan penyelidikan dalam bidang hasilan semula jadi.

“Kami di IBTP berhasrat untuk meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang dalam bidang-bidang penyelidikan lain yang berkaitan di UMS dan UiTM,” jelas beliau.

Perjanjian penyelidikan antara IBTP UMS dan AuRIns UiTM ini akan berlangsung selama lima tahun bermula 14 Julai 2022.

Turut hadir, Felo Penyelidik AuRIns meUMS, UiTM meterai perjanjian penyelidikan bangunkan industri farmaseutikalrangkap ketua projek, ChM. Dr. Fatimah Salim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *