Pemain Sabah FC diingatkan agar tidak mengambil mudah dan bersikap sambil lewa dalam setiap perlawanan Liga Malaysia khususnya dalam saingan suku akhir Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barangan kawalan dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Barambangon Kudat semalam.
Program ‘Back To Nature’ mampu membantu golongan sasar seperti suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) mempelajari kemahiran baharu yang mampu membantu mereka menjana pendapatan, terutama selepas pandemik COVID-19 ini.
M Partibekumaran, 37, didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas membunuh Goh Chok Chuan, 63, di kawasan tempat letak kereta berhampiran pondok pengawal Amarin Kiara, antara pukul 11.40 hingga 11.55 malam, 11 Julai lepas.
Tiga individu telah didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan memalsukan tuntutan invois bernilai RM882,560 di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini. (22 Julai)
Seramai 180 orang pelajar, guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah di sini hadir bagi menjayakan program Jom Tengok Mat Kilau di salah sebuah pawagam di sini semalam.
Program anjuran Akademi Sains Negara (ASM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung secara fizikal bertempat di U-Science, Perpustakaan UMS pada 16 dan 17 Julai 2022.