Sembilan maut akibat COVID-19 semalam 

Read Time:57 Second

PUTRAJAYA: Sembilan individu dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, semalam termasuk satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 35,911 kes, termasuk 7,623 kes BID.

Pada masa sama, sebanyak 4,816 kes jangkitan harian COVID-19 direkodkan, semalam menjadikan seramai 4,648,931 individu yang dijangkiti wabak itu sehingga kini. 

Laman sesawang COVIDNOW menunjukkan kes baharu itu membabitkan 4,814 kes penularan tempatan, manakala dua kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Sehingga kini, terdapat 49,547 kes COVID-19 yang masih aktif, dengan 96.7 peratus atau 47,932 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 1,535 kes atau 3.1 peratus sedang mendapatkan rawatan di hospital. 

Selain itu, 0.1 peratus atau 28 individu yang dijangkiti COVID-19 berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala dengan 21 pesakit lagi dalam ICU tidak memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Data juga menunjukkan, 3,928 kes sembuh daripada jangkitan direkodkan, semalam, menjadikan sehingga kini sebanyak 4,563,473 kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.