HomeIsu tempatanPendidikan Kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama ibubapa dan guru - Ellron Angin

Pendidikan Kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama ibubapa dan guru – Ellron Angin

Read Time:1 Minute, 37 Second

SOOK : Pendidikan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama bukan hanya digalas oleh warga pendidik sahaja tetapi ibubapa juga memainkan  peranan penting.
 
Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, “ bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya”, ibubapa harus memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak mereka sejak  kecil agar menjadi orang yang berguna apabila dewasa kelak.
 
Katanya, di usia keemasan ataupun golden age ini adalah satu peringkat umur yang sesuai untuk ibubapa bagi membina sahsiah dan jati diri anak-anak mereka, ibubapa dan warga pendidik harus memanfaatkan ruang dan peluang dalam melahirkan generasi yang lebih berkualiti serta dapat memberikan sumbangan terbaik kepada negara.
 
Ellron yang juga wakil rakyat Sook berkata, kita juga sedia maklum bahawa ramai anak-anak muda hari ini kecundang di pertengahan umur remaja mereka apabila terjebak dengan pelbagai gejala sosial diantaranya penyalahgunaan dadah dan seumpamanya. Hal ini amat merunsingkan kita, kerana sebagai ibubapa kita mengharapkan agar anak-anak ini enjadi seorang berguna untuk masyarakat dan negara.
 
“Anak adalah aset penting bukan sahaja kepada keluarga sebagai penerus keturunan tetapi juga sebagai bakal generasi yang akan memimpin negara di masa hadapan, oleh itu saya menyeru agar ibubapa dan para pendidik mencari satu pendekatan terbaik dalam memastikan kanak-kanak tidak tersilap langkah dalam menentukan kehidupan mereka.
 
“Antara pendekatan yang boleh diambil misalnya pada hari ini iaitu pertemuan menerusi mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru, platform ini membolehkan warga ibubapa dan pendidik saling bertukar buah fikiran dalam mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan prestasi kurikulum dan korikulum murid,” katanya.

Ellron berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa-Guru Kali Ke-15 Sekolah Kebangsaan (SK) Binakaan di sini, semalam.(23 Julai)
 
Terdahulu, Ellron turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 15 orang peserta Kelas Dewasa Ibubapa, Orang Asli dan  Penan (KEDAP).
 
Majlis perasmian mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Binakaan selaku penasihat PIBG Jerenius Taging, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Binakaan Delnih Silas, serta ibubapa dan pelajar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya