Tokoh korporat, Mustapha Kamal meninggal dunia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

CYBERJAYA — Tokoh korporat, Mustapha Kamal Abu Bakar dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 pagi tadi.

Pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN). Menurutnya anaknya, Felina, jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

“Buat masa ini jenazah ayah masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya,” katanya menurut Astro Awani.

https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.522.0_en.html#goog_402849603Dilahirkan di Kampung Changkat, Pusing, Perak pada 18 Mac 1949, Mustapha, 73, merupakan graduan Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah dan menerima Ijazah Kedoktoran dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor.

Selepas dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Selangor, beliau beralih ke sektor swasta dengan memegang jawatan Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn Bhd.

Pada 1983, Mustapha menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY yang menawarkan rumah mampu milik, terutama kepada pembeli rumah pertama.

Pada Ogos 1999, nama syarikat itu ditukar kepada MK Land Holdings Berhad selepas disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *