HomeUtamaPengusaha PKS Sabah digesa ambil peluang sertai PBA 2022

Pengusaha PKS Sabah digesa ambil peluang sertai PBA 2022

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini digesa mengambil bahagian untuk menyertai Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2022 bagi mendapatkan pengiktirafan pasaran menerusi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, menerusi PBA itu juga ianya akan dapat meningkatkan lagi reputasi syarikat perniagan masing-masing.

“Anugerah itu juga akan dapat menaikkan lagi semangat kakitangan dan saya berharap agara PKS di negeri ini akan diiktiraf atas kecekapan, inovasi dan bakat tempatan mereka.

“Saya difahamkan bahawa pemenang PBA sebelum ini telah memperlihatkan peningkatan menerusi jualan dan peluang perniagaan baharu, jadi syarikat dari negeri Sabah juga harus menemui kemungkinan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jerayawara PBA 2022 Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

PBA 2022 ialah platform anugerah tempatan yang dianjurkan oleh Persatuan PKS Malaysia (PKS Malaysia) dengan tema ‘Ketahanan, Globalisasi, Pendigitalan’ yang menanda aras prestasi perniagaan dan standard kualiti PKS dan individu dalam 18 kategori anugerah mengikut pencalonan dan empat kategori melalui jemputan.

Empat kategori baharu iaitu Anugerah Penerimaan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) PKS, Anugerah Penerimaan IR4.0 PKS, Anugerah Ketahanan Perniagaan PKS dan Anugerah Kecemerlangan Matlamat Pembangunan Mampan PKS telah diperkenalkan untuk menyerlahkan kepentingan ESG, kelestarian dan IR4 yang semakin meningkat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana Sabah Prof Foo Ngee Kee berkata, pemenang PBA sebelum ini juga berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing.

Katanya, pengiktirafan yang diterima itu secara tidak langsung membawa manfaat besar kepada syarikat perniagaan.

“Anda tidak perlu menjadi ahli PKS Sabah untuk menyertai walaupun kami berpendapat bahawa anda akan menerima lebih manfaat sekiranya menjadi ahli,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya