Bekalan ayam stabil, dibantu subsidi kerajaan kepada penternak – Ronald Kiandee

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

KUALA LUMPUR – Susulan langkah kerajaan memberikan subsidi kepada pihak peternak, bekalan ayam kini mula kembali stabil di pasaran. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia selepas   pemberian subsidi kepada penternak yang beroperasi dengan kapasiti maksimum.

“Lebihan yang berlaku ini kerana adanya keterlibatan pihak industri untuk menternak ayam pada kapasiti yang maksima. Kita melihat ia berada dalam keadaan yang stabil dan pada ketika ini, kita telah pun mengagihkan subsidi ayam dan telur kepada lebih 8,000 permohonan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta. 

“Secara keseluruhan kerajaan memberi subsidi kepada peternak ayam dan telur mencecah RM1.1 Bilion. Bekalan ayam stabil dan harga ayam juga stabil malah, saya difahamkan, harga ayam lebih rendah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan ketika ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas program Bicara Naratif di Angkasapuri, malam tadi. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *